Monday, 21 November 2016

MELAKAR KEJAYAAN

MAJLIS PENGISYTIHARAN PSS HARAPAN DAERAH KLUANG

Engku Muda bin Engku Musa (PPID Kluang) menyampaikan hadiah kepada
Ustaz Mazlan bin Mohd Nor (Guru Besar SAKEM) diiringi bersama
Ustazah Misriah  binti Ishak (GPK Akademik SAKEM) dan
Ustazah Siti Hawa Fadilah binti Abd Hamid (Guru PSS SAKEM)
Semua Guru Besar, Guru Penolong Kanan Akademik dan Guru PSS
yang memasuki Pertandingan PSS Harapan Daerah Kluang
merakamkan kenangan bersama warga PPID Kluang
Kejayaan ini dirasai bersama Guru-guru SAKEM
Mengabadikan kenangan kejayaan PSS Harapan Daerah Kluang Tahun 2016
 di dalam PSS IBNU SINA SAKEM
Piala Kemenangan bersama Cenderahati Kenangan
Syukur Alhamdulillah....
                       
Pada 21 November 2016 bertempat di Dewan Seminar PPID Kluang telah berlangsung Majlis Pengisytiharan PSS Harapan Daerah Kluang bagi Tahun 2016. Majlis tersebut turut dihadiri oleh semua Guru Besar, Guru Penolong Kanan Akademik dan Guru Pusat Sumber.


Syukur Alhamdulillah kerana PSS IBNU SINA SAKEM telah dinobatkan sebagai Johan PSS Harapan Daerah Kluang bagi Tahun 2016. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SAKEM di atas penganugerahan tersebut.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kami untuk terus berusaha menjadikan PSS IBNU SINA SAKEM sebagai pusat penyebaran ilmu pengetahuan, maklumat dan menjadi sumber rujukan yang lengkap bagi warga SAKEM. Dalam memastikan kemenjadian murid di sekolah, kami akan berusaha menjalin hubungan kolaborasi dengan pelbagai pihak yang akan memberikan impak.

Terima kasih buat semua warga SAKEM di atas usaha menjadikan PSS sebagai wadah untuk menyemai benih-benih cintakan ilmu. Kesepakatan dan kerjasama semua pihak berlandskap "yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing", adalah bertepatan dengan tuntutan islam.




No comments:

Post a Comment